Avalon Envision

Avalon Envision merupakan ahli terbaru di antara kumpulan kapal Avalon Suite pada tahun 2019. Dengan adanya kapal termuda di jalan air Eropah, Envision, Avalon meneruskan komitmen mereka dari segi keselesaan, kemewahan dan kecemerlangan. Penumpang boleh memilih di antara dua dek yang penuh dengan Panorama Suites℠ yang memenangi anugerah, dan juga mempunyai tingkap panorama dari dinding ke dinding dan lantai ke siling yang boleh mengubahkan ruang tamu kepada balkoni terbuka (Open-Air Balcony℠) yang unik. Panorama Suites℠ memiliki luas 200 kaki persegi, 30% lebih besar daripada suite lain yang dalam industri ini, dengan adanya “Beds with a View” yang menghadap ke tingkap.

 

  • Syarikat Pelayaran: Avalon Waterways
  • Tanan Kasar (grt): 2,775
  • Kepanjangan (m): 135
  • Kelebaran (m): 12
  • Kelajuan Kapal (knots): 12
  • Dek: 4
  • Jumlah Kabin: 83
  • Kapasiti Penumpang: 166

Fasiliti

  • 3 Restoran Inklusif
  • 6 Lounge & Bar
  • Tab Pusaran Air
  • Salon Kecantikan
  • Bilik Kecergasan
  • Basikal
  • Tongkat Berjalan
  • Pusat Internet
  • Perpustakaan & Ruang Permainan
  • Kedai Runcit

Mengenai Syarikat Pelayaran

Avalon Waterways faham kemewahan adalah hak memilih petualangan anda sendiri. Anda mempunyai masa terluang untuk bernafas dan ruang untuk melangkah keluar dan melihat dunia dengan cara anda. Selamat datang untuk belayar di sungai yang santai dan mewah.

Dengan inovasi selama 15 tahun dalam pelayaran sungai dan pengalaman melebihi 90 tahun dalam industri pelancongan, mereka akan mengilhami keghairahan anda dan memapar dunia yang kurang dikenali, tidak kira di dalam Panorama Suite℠ yang selesa atau di luar.

Bongkarkan bagasi yang berat anda dan memanjakan diri anda di suite peribadi sendiri di atas kapal pelayaran sungai. Minum sambil memandang bandar dan kampung yang aneh dari sudut pandang yang unik. Cuba makanan istimewa yang disediakan oleh tukang masak terkenal. Pilih pengembaraan anda dan mencipta ingatan diri sendiri. Lakukan banyak atau sedikit sahaja, semuanya pilihan anda.

Tanggungan Avalon Waterways adalah membawa dunia ini kepadamu. Anda hanya perlu menghayatinya.

Laluan Sedia Ada

** Tidak Dijumpai **

Promosi Terkini

** Tiada promosi pada masa ini **

Kongsi