2016 merupakan tahun yang penting untuk Avalon disebabkan oleh pengembangan kumpulan kapal Suite Ships℠ sekali lagi. Selain daripada Avalon Imagery II, Avalon Passion yang mengagumkan akan menghiasi jalan-jalan perairan Eropah. Sama seperti Avalon Impression dan Avalon Illumination, Passion mempuyai dua dek penuh dengan Panorama Suites℠ yang juga mempunyai tingkap panorama dari dinding ke dinding dan lantai ke siling yang boleh mengubahkan ruang tamu kepada balkoni terbuka (Open-Air Balcony℠) yang unik. Belayar di sepanjang Sungai Rhine, Main, dan Danube yang indah sambil menikmati angin segar dan pemandangan yang mempesona dari suite anda yang selesa. Panorama Suites℠ memiliki luas 200 kaki persegi, 30% lebih besar daripada suite lain yang dalam industri ini, memberi anda peluang untuk menikmati pemandangan yang indah setiap pagi. Kemudahan di atas kapal termasuk pilihan restoran alternatif di Panorama Bistro, pusat kecergasan, akses Wi-Fi dengan percuma, kerusi santai premium di atas dek matahari, tab pusaran air dan makan tengah hari ringan di bistro yang menyenangkan.
Avalon Waterways faham kemewahan adalah hak memilih petualangan anda sendiri. Anda mempunyai masa terluang untuk bernafas dan ruang untuk melangkah keluar dan melihat dunia dengan cara anda. Selamat datang untuk belayar di sungai yang santai dan mewah.
Dengan inovasi selama 15 tahun dalam pelayaran sungai dan pengalaman melebihi 90 tahun dalam industri pelancongan, mereka akan mengilhami keghairahan anda dan memapar dunia yang kurang dikenali, tidak kira di dalam Panorama Suite℠ yang selesa atau di luar.
Bongkarkan bagasi yang berat anda dan memanjakan diri anda di suite peribadi sendiri di atas kapal pelayaran sungai. Minum sambil memandang bandar dan kampung yang aneh dari sudut pandang yang unik. Cuba makanan istimewa yang disediakan oleh tukang masak terkenal. Pilih pengembaraan anda dan mencipta ingatan diri sendiri. Lakukan banyak atau sedikit sahaja, semuanya pilihan anda.
Tanggungan Avalon Waterways adalah membawa dunia ini kepadamu. Anda hanya perlu menghayatinya.
** Tidak Dijumpai **
** Tiada promosi pada masa ini **