AmaLucia

AmaLucia merupakan "sister ship" kepada AmaLea dan AmaKristina yang memenangi anugerah. AmaLucia yang boleh muat 156 penumpang akan menjadi sebuah kapal pesiar sungai yang menarik dan menawankan akan dilancarkan pada tahun 2021.

Dari kabin yang selesa dilengkapi dengan balkoni kembar serta memastikan tetamu boleh kekal dihubungi dengan baik melalui Entertainment-On-Demand, akses internet berkelajuan tinggi percuma dan Wi-Fi. Selain itu, lounge utama yang cerah menghidangkan snek yang lazat sepanjang hari, penumpang mempunyai segala-galanya yang mereka perlukan untuk menikmati masa yang dihabiskannya di atas kapal.

Jika berasa aktif, penumpang boleh berjoging di trek berjalan kaki dekat dek matahari, berenang di kolam renang dilengkapi dengan bar, bersenam di bilik kecergasan atau menggunakan basikal percuma yang disediakan. Anda juga boleh mengambil kelas yang diketuai oleh jurulatih yang profesional di Wellness Host. Bukan itu sahaja, masakan indah yang ditawarkan oleh restoran utama dan restoran istimewa The Chef Table Table akan memuaskan semua keinginan anda di AmaLucia.

 

  • Syarikat Pelayaran: AmaWaterways
  • Tanan Kasar (grt): 3,600
  • Kepanjangan (m): 135
  • Kelebaran (m): 11.5
  • Kelajuan Kapal (knots): 11
  • Dek: 4
  • Jumlah Kabin: 78
  • Kapasiti Penumpang: 156

Fasiliti

  • Restoran Utama Inklusif
  • Restoran Khusus Inklusif
  • 2 Lounge & Bar
  • Kolam Berenang
  • Bilik Urut & Salon Kecantikan
  • Bilik Kecergasan
  • Basikal
  • Trek Jalan Kaki
  • Catur Gergasi
  • Perpustakaan & Ruang Permainan
  • Kedai Hadiah

Mengenai Syarikat Pelayaran

AmaWaterways telah ditubuhkan pada tahun 2002 oleh tiga keluarga, tetapi mereka telah lama berminat dengan kapal pesiar sungai sebelum itu. Pengasas serta presiden Rudi Schreiner dilahirkan di Vienna di tengah-tengah Danube. Pada tahun 1975, dia telah mereka kapal pertama sebagai sebahagian daripada tugasan kewartawanan, sebuah rakit yang berlayar di sepanjang Sungai Amazon. Tidak lama selepas itu dia mula bekerja dalam industri pelancongan, menciptakan pengalaman pelancongan unik di Eropah.

Apabila Terusan Rhine-Main-Danube dibina pada tahun 1992, Rudi Schreiner menjadi daya penggerak di industri pelayaran sungai. Dia kemudiannya bekerjasama dengan pengasas bersama Kristin Karst dan Jimmy Murphy untuk memulakan AmaWaterways. Kristin dilahirkan di Jerman, berpangkat sebagai Naib Presiden Eksekutif. Dia mempunyai pengalaman luas dalam industri pelancongan, pelayaran sungai dan perkhidmatan pelanggan. Rudi dan Kristin bekerjasama dengan Jimmy Murphy, seorang usahawan pelancongan cemerlang yang menjumpai Brendan Vacations. Anak lelaki dia, Gary, kini mewarisi ayahnya dalam peranannya sebagai Naib Presiden Jualan.

 

Laluan Sedia Ada

** Tidak Dijumpai **

Promosi Terkini

** Tiada promosi pada masa ini **

Kongsi